Adam as (memberi
wasiat) kepada anaknya Syits dengan lima hal dan memerintahkannya untuk memberi
wasiat dengan lima hal itu kepada anak-anaknya lagi sepeninggalnya:
Pertama; dia berkata
kepada Syits;’Katakanlah kepada anak-anakmu, janganlah kamu merasa tenang
(tenteram) dengan dunia, kerana aku pernah merasa tenang (tenteram) dengan
syurga yang abadi, tetapi Allah mengeluarkan aku dari sana.
Kedua; Katakanlah pada
mereka, janganlah kamu bertindak menurut kesenangan perempuan-perempuan, kerana
aku pernah menurut kesenangan isteriku dan aku makan Syajarah, lalu penyesalan
menyusulku.
Ketiga; Katakan pada
mereka, setiap perbuatan yang kamu inginkan perhatikanlah akibatnya, kerana
seandainya aku memperhatikan sesuatu, tentu tidak terjadi apa yang telah
menimpaku itu.
Keempat; Apabila
hatimu tergoncang menghadapi sesuatu, maka jauhilah. Kerana ketika aku makan
Syajarah tergoncanglah hatiku, tetapi aku tidak mahu kembali. Maka penyesalan
menyusulku.
Kelima;
Musyawarahkanlah di dalam memutuskan segala hal, kerana apabila aku
bermusyawarah dengan para malaikat tentu tidak terjadi apa yang telah menimpaku
itu.’
Tidak ada komentar: